Pendidikan Asas Kehidupan

by Hafizuddin Mahfot on March 1, 2012

“Keletak!” Pintu terbuka.

Tanpa perlu meminta-minta, mulut terasa nak menyumpah seranah dan memaki hamun. Seingat aku baru 2-3 hari lepas aku kemas ruang tamu, hari ni dah jadi macam tongkang pechah semula. Kertas murid terlentang di lantai – masih belum bertanda.

“Transformasional konon.” Bisik aku dalam hati pelan-pelan setelah menyedari kesemakan itu tak lain dan tak bukan berpunca dari diri sendiri.

Ini rutin harian seorang guru biasa. Kepulangan ke rumah belum menjamin canda ria dan gelak ketawa. Ada sahaja kerja yang menanti. Menanda kerja rumah murid dan memulangkan semula dengan komen-komen yang jitu termaktub kemas di dalam akta. Itu hak mereka.

Hak mereka adalah untuk tahu di mana silap dan salah. Yang salah perlu diperbetulkan. Gurulah menjadi pentaksir dan pengkritik tetap. Alah… Macam dalam AF. Namun, aku tidak tahu sejauh mana murid-murid ini kenal akan erti hak dan kepunyaan.

[click to continue…]

{ 1 comment }

Pekerjaan Ketiga

February 19, 2012
Thumbnail image for Pekerjaan Ketiga

Tweet Lama betul aku dah tak smart-smart macam ni. Berbaju Melayu Johor warna maroon lengkap bersampin dan bersongkok biru gelap. Last aku berbaju budaya ini tempoh hari masa hari Raya puasa. Hari raya haji pun aku balun pakai T-shirt dengan kain pelikat pergi sembahyang raya. Semenjak dua menjak jadi cikgu aku cuba untuk jadi lebih [...]

Read the full article →

Mengajar Untuk Malaysia

January 30, 2012
Thumbnail image for Mengajar Untuk Malaysia

Tweet Sekolah petang. Tapi aku bangun subuh. Hari ini hari Isnin, hari pertama persekolahan setelah cuti panjang Raya Cina. Bangun ketika subuh belum tamat pasti memberikan satu motivasi yang tinggi untuk bekerja dengan lebih gigih. 7.40 pagi – Aku tak perlu ke perhimpunan sekolah untuk mendengar segala pesan dan amanat dari pengetua dan guru bertugas. [...]

Read the full article →

Terjaga Dari Mimpi Ngeri

January 30, 2012
Thumbnail image for Terjaga Dari Mimpi Ngeri

Tweet “Lu datang office orang bising-bising tinggi suara. Lu siapa? Lu along ka?” Orang kuat office dah 2 tahun kerja menggertak. “Gua bukan along. Gua debt collecter!” Sahut salah sorang daripada 2 tetamu yang berlagak samseng. “Mana lu punya kad? Mari tunjuk sama saya.” Orang kuat office mengarah debt collector macam pegawai JPJ mintak IC [...]

Read the full article →

Kerja Yang Masih Tertangguh

July 21, 2011
Thumbnail image for Kerja Yang Masih Tertangguh

Tweet Dari Februari ke Mac,  April, Mei, Jun, Julai… Julai pon dah penghujung nak masuk Ogos. Aku mengelepet jari dan membilang. Mak aih. Dah 5 bulan aku duduk rumah tanpa menyumbang apa-apa kepada negara selain daripada cukai rokok. Tetap aku anggap ini sebagai satu perjuangan. Demi untuk negara, aku sanggup menggadaikan paru-paru untuk membayar cukai. [...]

Read the full article →

Belajar Mengira Bersama Ali

July 16, 2011
Thumbnail image for Belajar Mengira Bersama Ali

Tweet Anak sendiri aku belum punya, tapi anak saudara aku ada 10. Daniel, Aliya, Haikal, Haidar, Kiki, Irdina, Azim, Ali, Umar dan yang terbaru, Ziyad. Dalam ramai-ramai anak saudara, Ali dan Umar adalah duo yang aku lihat pembesaran mereka dengan dekat kerana mereka tinggal bersama emak. Umar sudah pandai bersepatah dua perkataan tatkala Ali semakin [...]

Read the full article →

Memancing Bersama Rakyat Indonesia

July 14, 2011
Thumbnail image for Memancing Bersama Rakyat Indonesia

Tweet Semalam aku berziarah ke Muar. Ada sedikit buah tangan yang ingin emak sampaikan kepada Pak Ngah dan Mak Ngah sempena dengan kenduri arwah hujung minggu ini. Air gula pemanis minuman dan beberapa tin susu pekat manis yang sudah meningkat harganya dek kerana inflasi. Ia adalah sumbangan ikhlas daripada seorang adik kepada abangnya. Sedikit tanda [...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Read the full article →